Maklumat Palsu

28 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 November 2021, Staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik Dengan Bijak iaitu Maklumat Palsu. Perkongsian telah dibuat menerusi Facebook Page untuk tontonan pengikut Page.

Perkongsian selama 30 minit itu disertai oleh 2 orang peserta dimana mereka perlu mengisi Google Form yang disediakan setelah selesai menonton video tersebut. Tujuan video ini dikongsikan adalah untuk mendidik warganet agar lebih berhati-hati ketika menerima sesuatu maklumat ataupun menyebarkan maklumat. Mereka hendaklah memeriksa kesahihan maklumat tersebut.

Staf PEDi juga ada berkongsi mengenai jenis-jenis maklumat palsu dan jug acara untuk memastikan sesuatu maklumat itu adalah palsu. Untuk memudahkan komuniti, staf PEDi juga berkongsi mengenai aplikasi sebenarnya untuk memeriksa kesahihan sesuatu maklumat. Di akhir perkongsian, satu tayangan video disajikan kepada para penonton untuk membantu agar lebih memahami konsep perkongsian Klik Dengan Bijak ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali