Tutorial Cipta Produk Label

20 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 19 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tutorial tentang cara mencipta atau menghasilkan produk label ataupun stiker produk. Tutorial ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan sesi perkongsian santai ini diadakan adalah untuk mengajar orang ramai cara untuk menghasilkan stiker produk pada produk mereka. Stiker produk merupakan keratan atau kepingan kertas kecil yang dilekatkan pada produk mereka supaya pembeli dapat melihat dan membuat keputusan untuk membeli produk anda. Penghasilan stiker produk boleh dilakukan sendiri mengikut kreativiti masing-masing menggunakan aplikasi Canva sama ada di telefon pintar ataupun di komputer peribadi.

Kebaikan tutorial ini dapat mengajar orang ramai untuk menghasilkan produk stiker mereka dengan kuantiti yang banyak dan murah. Selain itu, penghasilan produk stiker membantu produk usahawan dikenali oleh ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali