Tips Keselamatan dalam Komputer

23 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 Februari 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya berkenaan dengan Tips Keselamatan dalam Komputer. Perkongsian ini berlangsung selama 15 minit bagi memberi pendedahan kepada pengguna komputer tentang beberapa tips keselamatan ketika menggunakan komputer.

Selain itu, tujuan perkongsian Tips Keselamatan dalam Komputer ini dilakukan supaya pengguna tahu kepentingan untuk melindungi komputer mereka. Antaranya ialah untuk memelihara integriti maklumat, melindungi komputer dari virus, malware, spyware dan ancaman lain serta mengelakkan komputer dari dieksploitasi penggodam.

Sehubungan itu, pelatih juga turut berkongsi panduan keselamatan komputer seperti jangan klik pada pautan iklan, berwaspada dengan keadaan sekeliling, pastikan komputer sentiasa dikemaskini dan pasang firewall.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali