Kelas Asas Microsoft Office
23 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 22 Mei 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan dua kelas pada hari yang sama. Salah satunya ialah kelas Asas Microsoft Office. Kelas ini dilakukan di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya dan disertai oleh seorang sahaja peserta yang merupakan pelajar lepasan SPM. Kelas bermula dari jam 11:00 pagi sehingga 5:00 petang. Semasa kelas diadakan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial diamalkan.
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan asas kepada tiga Microsoft Office yang asas digunakan hamper seluruh pejabat iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint. Peserta diajar cara asas untuk mengendalikan Microsoft Word seperti menaip, menukar font, memasukkan gambar dan menukar saiz gambar. Selain itu, peserta diajar asas Microsoft Excel yang merangkumi formula. Setelah selesai sesi pembelajaran, peserta diminta untuk membuat satu jadual belanjawan dan membuat pengiraan menggunakan formula yang terdapat didalam Microsoft Excel. Manakala peserta dikehendaki untuk menghasilkan satu pembentangan “Mengenai Saya” menggunakan Microsoft PowerPoint.
Peserta juga menyertai kuiz Kahoot setelah selesai sesi pembelajaran bagi membantu meningkatkan tahap pemahaman mengenai Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: