Tutorial Semak Scammer Guna Aplikasi Check Scammers CCID

17 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 14 Jun 2021, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya mengambil inisiatif untuk membuat aktiviti ICT secara dalam talian untuk mengisi waktu lapang komuniti yang #stayathome.

Aktiviti ini dihadiri oleh dua (2) orang peserta. Aktiviti ini boleh dijalankan menggunakan telefon pintar dan computer atau laptop untuk menyemak data Scammer. Sudah tentu, pada zaman pandemik ini, kebanyakan kita membeli barangan secara atas talian. Sebelum meneruskan pembelian, kita boleh menyemak data penjual tersebut samada data penjual tersebut pernah dilaporkan atau tidak.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para pembeli supaya berhati-hati semasa berurusan jual beli. Ini adalah untuk mengelakkan daripada ditipu dan mengalami kerugian wang ringgit. Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya berperanan untuk memastikan komuniti disekitarnya mendapat ilmu ICT yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali