Langkah-langkah Pembelian Menggunakan Aplikasi Shopee Untuk Pengguna Baru

7 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 6 Jun 2021, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya mengambil inisiatif untuk membuat aktiviti ICT secara dalam talian untuk mengisi waktu lapang komuniti yang #stayathome.

Tutorial Langkah-langkah pembelian menggunakan aplikasi Shopee bertujuan untuk membantu pengguna baru yang hendak menggunakan platform tersebut untuk membeli barang secara dalam talian. Kebanyakan kedai serbaguna tidak beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Penuh dilaksanakan, jadi pengguna memang menggunakan Shopee untuk membeli barangan.

Bukan itu sahaja, Shopee juga dikenali sebagai platform yang ‘User Friendly’ kerana menyediakan cara yang paling mudah buat pengguna untuk membuat pembelian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali