Kursus Asas Komputer & ICT Word Search

9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 8 Februari 2020, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama dengan Pusat Internet Kampung Luak telah mengadakan satu kelas asas komputer dan ICT Word Search kepada komuniti setempat yang telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Kampung Luak. Kelas ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 8 sehingga 13 tahun dari jam 10:00 pagi sehingga 5:00 petang.

Semasa kelas ini berlangsung, peserta telah diajar cara untuk menggunakan komputer. Para peserta diperkenalkan kepada komponen-komponen yang terdapat dalam komputer seperti RAM, motherboard, processor dan sebagainya. Peserta juga mempelajari fungsi setiap komponen supaya tahu tentang kegunaan setiap komponen seperti mouse untuk menggerakkan cursor, speaker untuk mengeluarkan audio dan lain-lain.

Seterusnya, peserta berkesempatan untuk menyertai e-learning iaitu ICT Word Search dimana peserta dikehendaki mencari ayat-ayat tersembunyi dalam satu teks yang merangkumi ICT. Dalam proses pencarian, peserta bertanyakan tentang komponen komputer yang mereka tidak tahu dan meminta pegawai Pusat Internet untuk menerangkannya. Kesimpulannya, peserta mendapat ilmu pengetahuan yang baharu dan dapat menggunakan ilmu mereka untuk tujuan belajar dan bersekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali