Tayangan Video dan Perkongsian Kempen Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong
5 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 4 Oktober 2020, peserta kelas ICT menonton video kempen kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong yang dibuka di projektor skrin untuk memastikan mesej video tersebut difahami oleh peserta. Tujuan utama kempen ini dianjurkan adalah untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti bercakap benar, bijak menilai, beringat bila bercakap serta memberi focus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Melalui kempen ini, mesej utama yang ingin disampaikan ialah jangan kongsi pembohongan dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima. Cik Dayang Nor’ain selaku Penolong Pengurus PIK RPR Bandar Baru Permyjaya juga memberikan perkongsian mengenai kempen selepas tayangan video.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: