Pameran Klik dengan Bijak sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak

16 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15 Januari 2020, pegawai Pusat Internet RPR Bandar Baru bersama dengan pegawai dari Pusat Internet Kampung Luak dan pegawai Pusat Internet Kampung Lambir (Zon Miri) telah mengadakan satu pameran Klik dengan Bijak bersempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sarawak yang telah diadakan di Dewan Suarah Miri bermula dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang. Pameran ini telah disertai oleh ramai pengunjung setempat dan agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba, Baitulmal dan sebagainya.

Pameran Klik dengan Bijak dari Pusat Internet telah mengagihkan risalah seperti Check Your Label dan Mobile e-waste untuk memberi kesedaran kepada pengunjung tentang inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tentang penggunaan teknologi. Pada masa yang sama, pengunjung turut diberikan Buku Panduan Keselamatan Melayari Internet dan Buku Panduan Melindungi Anak di Internet supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati setiap masa untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah media sosial.

Tayangan video Klik dengan Bijak seperti penipuan internet, buli siber dan lain-lain turut ditayangkan kepada pengunjung supaya mereka faham mesej yang ingin disampaikan sekiranya tidak berhati-hati dan lalai ketika menggunakan internet. Goodies seperti buku nota, kipas tangan, pen dan badges turut diagihkan kepada pengunjung sebagai tanda terima kasih. Secara keseluruhan, pameran ini dapat membantu untuk memberi kesedaran yang lebih meluas kepada pengunjung kerana capaian yang meluas. Pengunjung dinasihatkan supaya Klik dengan Bijak!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali