Menarik di Miri dan Subis Cluster Meeting & Induction 2020

18 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 17 Januari 2020, pegawai-pegawai Pusat Internet Zon Miri-Subis telah mengadakan satu mesyuarat tentang Menarik di Miri dan Subis untuk tahun 2020. Mesyuarat ini telah diadakan di SMA Tegas Innovation Hub, Miri dan telah disertai oleh 15 orang pegawai Pusat Internet Zon Miri-Subis bermula dari jam 2:30 petang sehingga 5:00 petang.

Dalam mesyuarat kali ini, pelbagai isu telah dibincangkan. Antaranya pemilihan setiausaha baharu untuk Menarik di Miri dan Subis 2020 dan induksi staf baharu dari Pusat Internet Kampung Luak, Pusat Internet Piasau Utara dan Pusat Internet Bekenu. Pada masa yang sama, rombakan dan penjadualan semula carta organisasi yang baharu juga dilakukan bagi memastikan krew Menarik faham tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Secara keseluruhan, mesyuarat ini membincangkan tentang perancangan Menarik di Miri dan Subis untuk tahun 2020 bagi tujuan meraih ramai tontonan dan membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali