Asas Komputer dan Microsoft Office
14 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 13 Januari 2020, pegawai Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas komputer dan Microsoft Office kepada komuniti setempat tentang penggunaan komputer. Kursus ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang dan telah disertai oleh dua orang peserta yang berusia 18 tahun. Pada awal kursus ini, peserta diterangkan dengan kewujudan dan fungsi Pusat Internet iaitu sebagai salah satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu komuniti setempat supaya lebih senang untuk membuat capaian internet sekiranya mereka tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah. Kemudian, peserta didedahkan dengan komponen asas komputer dan fungsinya seperti hard drive, RAM, motherboard, processor dan sebagainya.
Tayangan video Klik dengan Bijak seperti Check Your Label turut ditayangkan kepada peserta supaya mesej penggunaan peralatan elektronik yang original sangat penting untuk menjaga keselamatan diri dan persekitaran. Setiap peralatan elektronik seperti telefon bimbit, tablet, walkie-talkie dan sebagainya perlu mempunyai label SKMM yang sah untuk tujuan keselamatan ketikan mengguna. Pada hari yang sama, peserta belajar tentang asas Microsoft Office termasuklah Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Peserta juga diajar cara untuk mencipta dokumen, menyimpan dokumen, mencetak dokumen, mencari dokumen lama, melakukan pengiraan menggunakan Microsoft Excel dan mencipta slide menggunakan Microsoft Powerpoint. Secara keseluruhan, kursus ini membantu peserta untuk tahu tentang asas komputer dan penggunaan Microsoft Office dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: