KDB Talk
24 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 23 Februari 2020, pegawai Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama dengan pegawai Pusat Internet Kampung Luak dan Pusat Internet Kampung Lambir telah mengadakan satu ceramah Klik dengan Bijak bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Luak dari jam 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Ceramah ini telah disertai komuniti sekitar Miri dan Kampung Luak peserta berumur dalam lingkungan 10 sehingga 55 tahun. Tujuan ceramah Klik dengan Bijak ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta yang hadir tentang keselamatan melayari internet dan pada masa yang sama meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif kempen Klik dengan Bijak kepada peserta. Kempen Klik dengan Bijak melibatkan semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Antara kebaikan yang diperoleh peserta dari ceramah Klik dengan Bijak ialah mereka dapat meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Mereka lebih peka tentang penipuan internet, perkongsian maklumat secara berlebihan, melindungi data peribadi, maklumat palsu dan sebagainya. Pada masa yang sama, peserta yang hadir turut diperkenalkan kepada kewujudan dan fungsi Pusat Internet kepada komuniti setempat. Kesimpulannya, ceramah Klik dengan Bijak membantu peserta mengenali dan memahami inisiatif Klik dengan Bijak disamping mempraktikkan tips keselamatan menggunakan internet dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: