KDB Talk di SMK Taman Tunku
10 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 09 Januari 2020, pegawai Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama dengan pegawai dari Pusat Internet Kampung Luak dan Pusat Internet Kampung Lambir telah dijemput ke SMK Taman Tunku untuk memberikan ceramah tentang Klik dengan Bijak. Ceramah ini telah disertai oleh pelajar Tingkatan 4 yang berjumlah seramai 210 orang bersempena dengan Program Orientasi Sekolah Tahun 2020. Ceramah ini telah diadakan di Dewan Excellence dari jam 8:00 pagi sehinga 10:00 pagi.
Dalam ceramah yang berdurasi dua jam ini, pegawai Pusat Internet telah membincangkan dan berkongsi enam agenda utama dalam inisiatif keselamatan Klik dengan Bijak iaitu Buli Siber, Sexting, Cyber Grooming, Oversharing, Keselamatan dalam Komputer dan juga Maklumat Palsu. Pelbagai informasi dikongsikan kepada peserta supaya mereka tahu untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati ketika menggunakan internet.
Setiap agenda ditayangkan dengan satu video Klik dengan Bijak supaya peserta lebih faham dengan mesej yang disampaikan di samping memberi peringatan dan pengajaran supaya peserta menjadi pengguna internet yang bijak. Secara keseluruhan, ceramah ini membantu peserta untuk lebih memahami inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya menjadi pengguna internet yang bijak. Peserta turut disarankan untuk melaporkan aktiviti pelik kepada pihak yang sepatutnya supaya jenayah media sosial dapat dibanteras.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: