Kempen Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong

5 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 4 Oktober 2020, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia giat menjalankan satu kempen iaitu Kempen Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong. Kempen ini telah disertai oleh seluruh Pusat Internet di Malaysia termasuk Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dan telah berlangsung dari bulan Julai 2020.

Tujuan utama kempen ini dianjurkan adalah untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti bercakap benar, bijak menilai, beringat bila bercakap serta memberi focus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Melalui kempen ini, mesej utama yang ingin disampaikan ialah jangan kongsi pembohongan dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali