Penciptaan poster kreatif menggunakan Canva

25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 24 Oktober 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian penciptaan poster kreatif menggunakan aplikasi Canva. Sesi perkongsian bersiaran secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya bermula dari 11:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Sesi perkongsian ini dilakukan atas talian untuk mengurangkan kelas fizikal sepanjang pandemik Covid-19.

Untuk pengeahuan, Canva merupakan satu platform reka bentuk grafik untuk membuat grafik media sosial, persembahan, poster, dokumen dan kandungan visual lain. Salah satunya, Canva dapat menghasilkan poster kreatif. Penggunaan aplikasi Canva ini sangat mudah dan percuma. Pengguna hanya perlu memilih templat yang dikehendaki saja. Canva dapat digunakan di komputer dan telefon bimbit. Aplikasi Canva boleh dimuat turun di App Store dan Google Play atau hanya menggunakan laman web sahaja. Penghasilan poster kreatif menggunakan Canva hanya perlu menggunakan cara edit sahaja. Huruf, warna font dan saiz font boleh ditukar mengikut kesesuaian. Penambahan gambar dapat dimuat naik atau menggunakan gambar yang tersedia di aplikasi Canva. Penciptaan poster menggunakan Canva menjadi mudah, senang dan cepat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali