Advokasi Check Your Label

23 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 Oktober 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian advokasi Check Your Label. Sesi perkongsian bersiaran secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya bermula dari 3:00 petang sehingga 3:30 petang. Perkongsian advokasi ini dilakukan atas talian untuk mengurangkan kelas fizikal sepanjang pandemik Covid-19.

Untuk pengeahuan, Check Your Label merupakan satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mewujudkan satu kempen kesedaran terhadap penggunaan peralatan komunikasi yang perlu mempunyai label MCMC yang sah untuk tujuan keselamatan ketika penggunaan. Tujuan kempen Check Your Label ini ialah untuk mendidik pengguna peralatan komunikasi supaya tahu untuk menyemak label MCMC di peralatan komunikasi mereka sama ada di laman web yang disediakan ataupun melalui aplikasi mudah alih Check Your Label yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.

Setiap peralatan komunikasi perlu mempunyai label MCMC sebagai tanda pemerakuan wajib bahawa peralatan tersebut mematuhi spesifikasi dan standard MCMC. Peralatan komunikasi perlu berlabel kerana ia bermaksud peralatan komunikasi selamat diguna dan bukan palsu/klon dan tidak terlarang. Contoh peralatan komunikasi termasuklah komputer, tablet, walkie talkie, telefon bimbit, TV pintar, TV Satelit dan peralatan tanpa wayar yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali