Asas Komputer dan Microsoft Office

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 Jun 2020, pihak Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas komputer dan Microsoft Office yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Kursus ini bermula daripada jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang dan disertai oleh seorang peserta berusia 20 tahun. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membantu peserta belajar tentang asas komputer dan Microsoft Office yang merangkumi Microsoft Word, Microsot Excel dan juga Microsoft Power Point. Peserta diperkenalkan kepada beberapa komponen asas komputer serta fungsinya seperti hard drive, motherboard, processor dan sebagainya.

Di samping itu, peserta diberi latih tubi untuk memastikan mereka mengenali komponen asas komputer yang diajar. Kemudian, peserta diajar cara untuk menggunakan Microsoft Office untuk tujuan mencipta dokumen, mencetak dokumen, menyimpan dokumen, memasukkan gambar dan lain-lain. Peserta turut diajar cara untuk melakukan pengiraan menggunakan formula melalui Microsoft Excel dan mencipta slide untuk tujuan pembentangan melalui penggunaan Microsot Power Point. Kesimpulannya, kursus ini dapat membantu peserta menjadi seorang yang celik IT dan tahu menggunakan teknologi untuk kepentingan diri dan orang lain. Peserta juga mengenali fungsi komponen asas komputer dan menggunakan Microsoft Office untuk pelbagai tujuan yang berguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali