Tayangan Video Advokasi dan KDB
23 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 22 Disember 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan beberapa tayangan video advokasi dan Klik Dengan Bijak kepada komuniti setempat yang telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Video ini telah ditonton oleh 2 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun dari jam 8:00 hingga 10:00 pagi
Sebelum kursus dimulakan, peserta ditayangkan dengan video advokasi mengenai Check Your Label. Check Your Label adalah satu program inisiatif MCMC bertujuan untuk memberi pededahan kepada peserta supaya membeli peranti elektronik yang original dan mempunyai label MCMC yang sah bagi menjamin keselamatan pengguna ketika mengecas peranti elektronik.
Seterusnya, peserta ditayangkan video e-sisa. Penting untuk mengetahui fungsi e-sisa agar peserta tahu yang alat elektronik yang tidak digunakan boleh dikitar semula seterusnya boleh menyelamatkan alam sekitar dari tercemar.
Selepas itu, video penipuan internet pula ditayangkan bertujuan untuk mendidik peserta agar peka dengan penipuan yang menjadi trending pada zaman kini. Penipu pada masa kini sangat bijak menggunakan pelbagai helah untuk menangkap mangsa nya.
Kesimpulannya, peserta mendapat ilmu pengetahuan yang baharu dan dapat menggunakan ilmu mereka untuk menjalankan kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: