Kursus Microsoft Office (Excel dan Powerpoint)

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu kursus Microsoft Office iaitu Excel dan Powerpoint kepada peserta yang terlibat. Kursus ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh tujuh orang peserta yang berumur di antara 15 sehingga 35 tahun.

Kursus Microsoft Excel dan Powerpoint ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi pengetahuan kepada peserta tentang asas penggunaan Microsoft Excel dan Powerpoint. Peserta diajar cara untuk menghasilkan dokumen yang baru, menyimpan dokumen dan juga mencetak dokumen. Selain itu, peserta diajar untuk membuat jadual dan kira-kira menggunakan Microsoft Excel.

Untuk Microsoft Powerpoint, peserta tahu asas penggunaan untuk menghasilkan slideshow. Antaranya cara menghasilkan slide, memilih layout slide yang sesuai, memasukkan gambar dan animasi ke dalam slide, memilih template dan lain-lain. Peserta juga diberi peluang untuk membentangkan hasil slideshow mereka di hadapan peserta yang lain.

 Kesimpulannya, peserta faham akan asas penggunaan Microsoft Excel dan Powerpoint untuk kegunaan peribadi mahupun kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali