What Is Illegal
25 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 24 Februari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu What is Illegal dengan kolaborasi bersama Pusat Internet Kampung Lambir. Tayangan video ini telah disertai oleh dua orang peserta yang berumur 30 tahun dan telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Kampung Lambir.
Tujuan utama tayangan video ini adalah untuk memberikan maklumat kepada peserta supaya mereka lebih tahu bahawa tidak semua kesalahan yang berkaitan dengan internet dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM cuma mengendalikan kesalahan internet yang berkaitan dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang merangkumi sumbang, palsu, lucah, mengancam dan jelik.
Secara am nya, peserta dimaklumkan bahawa membuat laporan itu mudah sekiranya pengguna tahu jenis kesalahan dan agensi penguatkuasa yang mengendalikan sesuatu permasalahan tersebut. Laporan yang dibuat juga haruslah lengkap dan tepat bagi membantu tujuan penyiasatan supaya menjadi mudah. Kesimpulannya, melalui tayangan video ini peserta tahu agensi penguatkuasa yang mengendalikan setiap kesalahan yang dilakukan di internet. Peserta juga tahu bahawa berkongsi maklumat yang salah dan tidak betul boleh menjadi satu kesalahan undang-undang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: