Tayangan video Kemerdekaan – Maksud Lambang dan Warna pada bendera Malaysia

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 03 Ogos 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video bersempena dengan bulan Kemerdekaan iaitu Maksud Lambang dan Warna pada bendera Malaysia bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang. Aktiviti ini telah disertai oleh 11 orang peserta berumur dalam lingkungan 9 sehingga 13 tahun.

Tujuan tayangan video ini dilakukan adalah untuk mendidik peserta tentang maksud lambang dan warna – warna yang ada pada bendera Malaysia supaya mereka lebih tahu apa erti sebuah kemerdekaan. Biru bermaksud perpaduan, merah bermaksud keberanian, putih bermaksud kesucian dan kuning bermaksud warna-warna diraja. Bulan dan bintang pecah 14 bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi negara. Selain itu, peserta juga diterangkan Malaysia terbentuk melalui penghasilan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan.

Antara kebaikan yang peserta perolehi dari tayangan video ini peserta tahu maksud lambing dan warna – warna yang ada pada bendera Malaysia. Mereka dapat mengaplikasikan ilmu ini di sekolah sempena bulan kemerdekaan Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali