Tayangan video Klik Dengan Bijak – Tips Keselamatan Penggunaan Internet

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 03 Ogos 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Tips Keselamatan Penggunaan Internet bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Aktiviti ini telah disertai oleh 11 orang peserta berumur dalam lingkungan 9 sehingga 13 tahun.

Tujuan tayangan video Klik Dengan Bijak ini ialah untuk mengingatkan peserta supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan internet. Peserta disarankan supaya mengingati beberapa tips keselamatan yang dipaparkan dalam video untuk kegunaan dan keselamatan diri. Antara tips nya ialah, menggunakan website yang mempunyai tanda kekunci dan address https. Selain itu, setiap kali selepas menggunakan internet peserta digalakkan untuk memadam browsing history dan tidak auto-saved email dan password mereka di mana-mana websites.

Antara kebaikan yang peserta perolehi dari tayangan video ini ialah peserta menjadi seorang pengguna internet yang bijak dan berhati-hati. Selain itu, peserta menjadi seorang yang celik IT kerana tahu menggunakan dan mengaplikasikan tips keselamatan penggunaan internet supaya dapat mengelakkan diri dari bahaya internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali