Kursus Peluang dan Cabaran Usahawan
13 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 12 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus peluang dan cabaran usahawan bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini diadakan dengan kolaborasi bersama pihak Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED). Sehubungan itu, kursus ini telah disertai oleh 25 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 60 tahun.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta kepada peluang dan cabaran menjadi jutawan. Melalui kursus ini, peserta dapat mengubah mentaliti mereka kepada perniagaan sebenar dari usahawan kecil ke usahawan besar. Peserta turut didedahkan kepada motivasi usahawan berjaya. Tenaga pengajar juga menyerapkan nilai – nilai berdaya saing dan berani mencuba dalam diri peserta supaya mereka berniaga secara sampingan sebelum ke perniagaan yang besar.
Antara kebaikan yang diperoleh dari kursus ini ialah peserta berwaspada terhadap risiko perniagaan. Peserta juga tahu apa peluang dan cabaran yang bakal dihadapi sebagai seorang usahawan tidak kira usahawan kecil ataupun besar. Selain itu, peserta tahu untuk memotivasikan diri sekiranya mereka menghadapi krisis dalam perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: