Tayangan video Klik dengan Bijak – Oversharing
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 13 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak iaitu Oversharing kepada peserta yang terlibat. Tayangan video ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh tujuh orang peserta yang berumur di antara 15 sehingga 35 tahun.
Tayangan video Klik dengan Bijak iaitu Oversharing adalah bertujuan untuk mendidik peserta tentang perkongsian berlebihan di media sosial. Perkongsian maklumat secara berlebihan di media sosial boleh membahayakan diri dan membuat nyawa terancam. Ini terjadi kerana orang yang menggunakan platform yang sama boleh mendapat maklumat peribadi kita seperti tempat tinggal kita dan mengambil peluang untuk mengganggu kehidupan seharian kita.
Melalui tayangan video Oversharing, peserta faham tidak semua maklumat boleh dikongsi di media sosial terutama sekali yang berkaitan dengan keselamatan diri. Berkongsilah secara minimal dan bila perlu supaya keselamatan diri dan orang sekeliling terjaga. Peserta juga harus peka bahawa tidak semua rakan yang mereka kenali di media sosial menggunakan identiti sebenar bahkan ada yang menggunakan identiti palsu untuk kepentingan diri. Kesimpulannya, peserta faham cara-cara perkongsian yang selamat di media sosial. Jadilah pengguna internet yang berwaspada dan klik dengan bijak!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: