Kursus Asas Microsoft Office

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 05 Oktober 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu kursus asas Microsoft Office kepada komuniti setempat. Kursus ini telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai seorang peserta yang berumur 28 tahun. Tujuan kursus asas Microsoft Office ini diadakan adalah untuk mendidik peserta menggunakan aplikasi Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint.

Selain itu, peserta diajar cara untuk mencipta dokumen, mencetak dokumen, menyimpan dokumen, menggunakan formula yang betul untuk membuat pengiraan dalam Excel dan membuat slide presentation di Powerpoint. Antara kebaikan yang diperolehi dari kursus ini ialah peserta mendapat pengetahuan ekstra dan tahu mengaplikasikan ilmu yang telah mereka dapat semasa kursus ini untuk tujuan belajar atau bekerja. Peserta juga menjadi seorang yang celik IT kerana tahu menggunakan teknologi bagi memudahkan diri untuk menghasilkan dokumen yang kemas dan padat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali