Kursus Asas Microsoft Office

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas Microsoft Office bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini telah disertai oleh 4 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mengajar peserta tentang penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint.

Peserta diajar cara untuk mencipta dokumen baru, menyimpan dokumen, mencetak dokumen, menamakan semula dokumen dan sebagainya menggunakan software Microsoft Word. Untuk Microsoft Excel, peserta diajar mengenali komponen asas dalam Microsoft Excel iaitu Row, Column dan Cell. Peserta juga diterangkan kepada fungsi Microsoft Excel iaitu untuk menyimpan dan merekod data yang melibatkan nombor. Peserta turut diajar cara-cara untuk melakukan pengiraan menggunakan formula yang betul dalam Microsoft Excel.

Untuk Microsoft Powerpoint, peserta diajar cara untuk membuat slide presentation dengan menggunakan templates dalam Microsoft Powerpoint. Peserta turut diajar menggunakan transitions dan animations untuk mebuatkan slide mereka beranimasi dan lebih menarik. Kesimpulannya, antara kebaikan yang peserta perolehi selepas mengikuti kursus ini ialah mereka mempunyai pengetahuan ekstra tentang penggunaan Microsoft Office. Mereka juga dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dari kursus ini untuk tujuan belajar atau bekerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali