Asas Microsoft Excel & Powerpoint
28 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 27 Januari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu kelas asas Microsoft Excel dan Powepoint bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Program ini telah disertai seramai tujuh orang peserta berusia dalam lingkungan 15 – 18 tahun. Kelas asas Microsoft Excel ini adalah bertujuan untuk mengajar cara asas menggunakan Microsoft Excel dan Powerpoint. Microsoft Excel digunakan bertujuan untuk menyimpan rekod perbelanjaan keluar masuk, graf dan sebagainya. Manakala Powerpoint digunakan bertujuan untuk membuat slide untuk kegunaan pembentangan.
Dalam Microsoft Excel, peserta turut diajar cara untuk mengira menggunakan formula seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Mereka turut diberikan aktiviti untuk merancang perbelanjaan bulanan mereka menggunakan Microsoft Excel. Manakala dalam Microsoft Powerpoint, peserta diajar cara untuk menghasilkan slide dan cara untuk menggunakan transitions dan animations dalam slide mereka. Mereka turut diberikan aktiviti untuk menghasilkan slide sendiri “Tentang Saya” dan membentangnya di hadapan kelas. Kesimpulan nya, peserta memahami asas-asas penggunaan Microsoft Excel dan Powerpoint yang boleh mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian untuk tujuan belajar atau peribadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: