Karnival Kewangan 2019

25 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 23 - 24 Februari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah menyertai Karnival Kewangan 2019 anjuran Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC). Karnival ini diadakan di booth zon A di Permaisuri Imperial City Mall, Miri dan telah disertai oleh komuniti setempat.

Tujuan utama Karnival Kewangan 2019 ini diadakan adalah untuk memperkenalkan fungsi dan inisiatif MCMC kepada komuniti termasuklah program Klik Dengan Bijak, E-waste, Check Your Label dan sebagainya. Klik Dengan Bijak adalah program yang menyarankan pengguna internet untuk berhati-hati ketika berada di atas talian supaya tidak mudah tertipu dengan agenda scam yang semakin berleluasa pada masa kini.

Sehubungan itu, e-waste adalah program mengitar semula barangan elektronik yang telah rosak dengan cara yang betul supaya tidak menjejaskan alam sekitar manakala Check Your Label ialah pembelian barangan elektronik perlu mempunyai logo MCMC yang sah untuk keselamatan ketika diguna. Secara am nya, komuniti setempat yang mengunjung booth MCMC dan Pusat Internet tahu serba sedikit bahawa inisiatif yang dilakukan oleh pihak MCMC ialah bertujuan untuk berkongsi ilmu dan membawa kebaikan bersama. Kesimpulannya, melalui karnival ini, komuniti setempat tahu mengenai inisiatif MCMC dan lebih peka dengan fungsi MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali