Kuiz Kahoot BM (Simpulan Bahasa) & BI (Idioms)
23 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 22 November 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak iaitu tentang tips keselamatan lalulintas dan dua kuiz Kahoot Bahasa Malaysia (Simpulan Bahasa) dan Bahasa Inggeris (Idioms) yang telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Kelas ini telah disertai oleh 8 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 8 sehingga 13 tahun dari jam 2:30 sehingga 5:00 petang.
Tujuan tayangan video Klik dengan Bijak : Tips Keselamatan Lalulintas diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak – kanak tentang cara untuk melintas jalan dengan betul. Peserta digalakkan untuk menggunakan laluan pejalan kaki atau jejantas sekiranya ada bagi mencegah kemalangan. Sebelum melintas jalan raya, peserta dinasihatkan untuk melihat kiri, kanan, kiri dan pastikan tiada bunyi kenderaan lalu melintas jalan dengan baik dan tidak berlari.
Sehubungan itu, dua kuiz Kahoot BM (Simpulan Bahasa) dan BI (Idioms) turut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang e-learning iaitu proses pembelajaran interaktif yang menggunakan komputer dan internet. Peserta turut berkesempatan untuk belajar simpulan Bahasa seperti air muka, cepat tangan, ajak-ajak ayam dan sebagainya. Manakala bagi kuiz Kahoot BI, peserta dapat belajar pepatah Bi seperti tie the knot, we are all in the same boat, pulling one’s leg dan lain-lain. Kesimpulannya, peserta mendapat ilmu pengetahuan yang baharu dan pada masa yang sama menjadi seorang yang celik IT kerana tahu tentang e-learning.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: