Tayangan Video Klik Dengan Bijak – Online Scam

11 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 10 Februari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Online Scam. Tayangan video ini telah disertai oleh dua orang peserta yang berumur 18 tahun dan telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Tujuan utama tayangan video Klik Dengan Bijak – Online Scam ini ditayangkan adalah untuk menyampaikan mesej di sebalik video tersebut. Peserta dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada panggilan atau mesej palsu yang menyatakan bahawa mereka memenangi sejumlah yang besar dan dikehendaki untuk memindahkan wang mereka sebelum mendapat jumlah wang yang mereka menangi.

Ini merupakan satu tipu panggilan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri wang anda dalam akaun. Justeru, peserta dinasihatkan untuk lebih berhati-hati. Mereka tidak perlu menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan tidak perlu kongsi maklumat peribadi kepada orang yang mencurigakan. Kesimpulannya, peserta faham mesej yang ingin disampaikan di sebalik video Online Scam. Justeru, sebagai pengguna internet setiap hari, peserta harus peka dan berjaga-jaga ketika berada di atas talian. Klik dengan bijak!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali