Tayangan Video Klik Dengan Bijak - Trolling & False Information

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 06 Januari 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu program tayangan video Klik Dengan Bijak khususnya Trolling dan False Information kepada peserta yang terlibat. Dalam program ini, ia nya telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 9 – 15 tahun. Tujuan tayangan video Trolling dan False Information ini diadakankan adalah untuk memberi dan berkongsi ilmu kepada peserta tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet dalam kehidupan seharian.

Pada awal program ini, pelatih telah menerangkan kepada peserta bahawa pengguna internet adalah sesiapa sahaja yang menggunakan internet di atas talian untuk melayari laman sesawang seperti Facebook, Youtube dan sebagainya. Dalam tayangan video Trolling, pelatih telah menasihati peserta supaya memilih kawan di atas talian dengan lebih berhati-hati kerana kita tidak mengenali mereka sepenuhnya dan identiti mereka juga kita tidak ketahui. Sebagai pengguna internet yang bijak, kita harus pandai memilih dan menerima mereka yang kita kenali sahaja.

Seterusnya adalah tayangan video False Information. Selaku pengguna internet, pelatih menasihati peserta agar tidak berkongsi maklumat palsu di atas talian. Sekiranya peserta tidak pasti dengan maklumat berkenaan, maka lebih baik untuk mengendahkan atau membuat laporan kepada pihak yang tertentu. Penyebaran maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang dan jika disabit kesalahan, boleh didenda dan dipenjara. Kesimpulannya, para peserta yang terlibat akan jadi lebih peka dengan tanggungjawab mereka sebagai pengguna internet. Jadilah pengguna internet yang bijak, disenangi dan tidak mendatangkan masalah kepada mana-mana pihak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali