Tayangan Video Klik Dengan Bijak – Kategori Jenayah Siber
11 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 10 Februari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Kategori Jenayah Siber. Tayangan video ini telah disertai oleh dua orang peserta yang berumur 18 tahun dan telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Tujuan utama tayangan video Klik Dengan Bijak ini bertujuan untuk memupuk kesedaran peserta bahawa banyak kategori jenayah siber di atas talian. Antaranya ialah tipu panggilan, e-belian, love scam dan pinjaman tidak wujud.
Oleh itu, peserta diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan internet dan disarankan supaya menjadi pengguna yang bijak dan tidak mudah ditipu. Peserta juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat peribadi mereka seperti nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali untuk tujuan keselamatan. Kesimpulannya, peserta faham akan mesej yang disampaikan di sebalik video Kategori Jenayah Siber. Justeru, sebagai pengguna internet setiap masa, peserta harus peka dan berwaspada dengan suasana sekeliling. Klik dengan bijak!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: