Pengenalan Portal Produk Sarawak
18 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 17 Mac 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan dan menyertai satu latihan iaitu Pengenalan Portal Produk Sarawak bersama Pusat Internet Bekenu bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Bekenu. Latihan ini telah disertai oleh 10 peserta berusia dalam lingkungan 25 - 35 tahun dari jam 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari.
Latihan Pengenalan Portal Produk Sarawak ini diadakan adalah untuk memperkenalkan portal produk Sarawak kepada komuniti. Portal produk Sarawak ini merupakan platform untuk usahawan memasarkan barangan atau produk mereka selain dari menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Melalui portal ini, usahawan dapat meluaskan sasaran market mereka.
Melalui latihan ini, peserta tahu wujud nya portal produk Sarawak untuk membantu usahawan yang ingin memulakan pernigaan mereka dan meluaskan kawasan jualan mereka. Dalam portal produk Sarawak ini, banyak yang dapat mereka pelajari seperti cara-cara untuk membuat pembayaran, cara-cara untuk pengeposan barang dan sebagainya. Kesimpulannya, peserta peka tentang kegunaan portal produk Sarawak untuk kegunaan usahawan yang baru sahaja memulakan perniagaan dan ingin meluaskan perniagaan mereka. Usahwan baru digalakkan untuk menggunakan portal ini supaya mereka dapat memperkenalkan produk mereka kepada orang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: