Tayangan video Klik dengan Bijak – Penipuan Internet

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak iaitu penipuan internet kepada peserta yang terlibat. Tayangan video ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh tujuh orang peserta yang berumur di antara 15 sehingga 35 tahun.

Tayangan video Klik dengan Bijak iaitu penipuan internet adalah bertujuan untuk mendidik peserta tentang bahayanya penipuan internet yang sedang berleluasa pada masa ini. Justeru, peserta diingatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika berada di atas talian atau semasa melayari laman sesawang. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang diiklankan di internet seperti skim cepat kaya ataupun love scam.

Melalui tayangan video penipuan internet, peserta dapat berfikir sendiri dan melihat kesan buruk yang terjadi kepada mangsa. Secara tidak langsung, peserta menjadi lebih peka dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri dari gejala penipuan internet. Mereka tahu bahawa mereka tidak patut berkongsi apa-apa maklumat peribadi kepada sesiapa yang tidak dikenali di media sosial. Kesimpulannya, peserta tahu tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri iaitu tidak mudah percaya dengan penipuan internet atau panggilan palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali