Tayangan video Klik dengan Bijak – Maklumat Palsu

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak iaitu Maklumat Palsu kepada peserta yang terlibat. Tayangan video ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh tujuh orang peserta yang berumur di antara 15 sehingga 35 tahun. Tayangan video Klik dengan Bijak iaitu Maklumat Palsu adalah bertujuan untuk mendidik peserta tentang kesan buruk menyebarkan atau kongsi maklumat palsu di media sosial.

Sekiranya peserta tidak pasti dengan kesahihan berita tersebut, peserta amat digalakkan untuk tidak kongsi maklumat tersebut. Penyebaran atau perkongsian maklumat palsu adalah salah dan boleh mengelirukan orang ramai. Melalui tayangan video Maklumat Palsu, peserta faham bahawa sebelum kongsi maklumat, mereka harus memastikan ianya betul-betul sahih. Peserta juga diajar untuk menggunakan web sebenarnya.my untuk menyemak maklumat tersebut terlebih dahulu sebelum dikongsi untuk memastikan kebenarannya. Kesimpulannya, peserta faham bahawa perkongsian maklumat yang betul amat penting supaya orang ramai tidak keliru dan faham akan mesej yang ingin disampaikan. Peserta juga peka dengan peranan sendiri untuk klik dengan bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali