Tayangan video KDB (The danger of using free wi-fi network)
6 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 05 Oktober 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak iaitu The danger of using free wi-fi network kepada komuniti setempat. Kursus ini telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai seorang peserta yang berumur 28 tahun.
Tujuan tayangan video ini dilakukan adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang bahaya penggunaan wi-fi percuma. Sekiranya peserta menggunakan wi-fi umum yang percuma, maklumat peribadi peserta seperti nombor akaun boleh dicuri. Justeru, peserta harus berhati-hati dan menjadi pengguna internet yang bijak. Antara kebaikan yang diperolehi dari kursus ini ialah peserta peka akan bahaya menggunakan wi-fi umum yang percuma. Peserta dapat mengambil iktibar dari tayangan video Klik dengan Bijak supaya lebih berhati-hati dan tidak menggunakan wi - fi umum percuma dengan sewenang - wenangnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: