Tayangan Video Klik Dengan Bijak – Cyberbully

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 09 Mac 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu cyberbully atau buli siber. Tayangan video ini telah disertai oleh tujuh orang peserta yang berumur antara 13 hingga 15 tahun dan telah diadakan di Pusat Internet RPR Permyjaya. Tujuan utama tayangan video buli siber ni diadakan adalah untuk mengingatkan peserta supaya tidak menjadi pembuli siber dan mangsa buli siber di atas talian. Peserta harus pandai menggunakan internet supaya tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini.

Sebagai seorang remaja yang menggunakan internet setiap hari, peserta harus tahu dengan siapa mereka berinteraksi di atas talian dan tidak memberi sebarang respon kepada sebarang komunikasi dari pembuli siber. Melalui tayangan video buli siber ini, peserta dapat mengambil iktibar dan menjadikan ia sebagai pengajaran supaya tidak mudah terikut dengan gejala buli siber. Peserta harus memastikan mereka menjadi pengguna yang bijak dan menjadi contoh dan teladan yang baik kepada remaja yang lain. Kesimpulannya, peserta faham akan mesej yang disampaikan di sebalik video buli siber. Justeru, sebagai pengguna internet dalam kehidupan seharian, peserta harus peka dan berwaspada dengan suasana sekeliling. Klik dengan bijak!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali