Copywriting dan Teknik Jualan

25 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 24 Februari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu bengkel copywriting dan teknik jualan dengan kolaborasi bersama Pusat Internet Kampung Lambir. Bengkel ini telah disertai oleh dua orang peserta yang berumur 30 tahun dan telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Kampung Lambir. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan asas perniagaan online dan teknik menulis iklan (copywriting) kepada peserta yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.

Peserta diajar cara-cara asas untuk melakukan perniagaan di atas talian (online) dan teknik untuk menulis iklan di Facebook supaya ramai yang tertarik dengan apa yang mereka jual. Peserta turut diberi peluang untuk mencuba dan menulis iklan sendiri mengikut kreativiti masing-masing dengan teknik yang telah dipelajari dan membentangkan nya di hadapan.

Secara am nya, kebaikan yang peserta boleh dapat dari bengkel ini ialah peserta dapat meningkatkan hasil jualan produk mereka melalui teknik jualan atas talian selain dari direct selling/ face-to-face. Tambahan pula, peserta yakin dengan kebaikan produk yang mereka jual untuk tujuan kebaikan pengguna dan bukan sekadar untuk keuntungan diri sahaja. Kesimpulannya, melalui bengkel copywriting dan teknik jualan, peserta dapat mengetahui serba-sedikit mengenai asas-asas berniaga di atas talian (online) dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka sebagai penjual produk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali