Advokasi Check Your Label

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu advokasi Check Your Label bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini telah disertai oleh 4 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun. Tujuan advokasi Check Your Label ini dilakukan adalah untuk mengingatkan peserta bahawa pentingnya mempunyai label MCMC yang sah pada peralatan elektronik seperti telefon bimbit untuk keselamatan ketika penggunaan.

Cara untuk menyemak label MCMC yang sah di telefon bimbit ialah dengan menyemak settings telefon bimbit atau memuat turun aplikasi Check Your Label dan masukkan nombor IMEI telefon bimbit. Antara kebaikan yang peserta dapat dari advokasi ini ialah mereka sedar tentang kepentingan membeli peralatan elektronik yang mempunyai label MCMC yang sah. Mereka juga tahu untuk mengenal pasti barangan original dan barangan tiruan melalui label MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali