Kursus Asas Komputer

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 April 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas komputer kepada peserta yang terlibat. Kursus ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh tujuh orang peserta yang berumur di antara 15 sehingga 35 tahun. Kursus asas komputer ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi pengetahuan kepada peserta tentang asas-asas komputer termasuklah segala komponen-komponen yang ada dalam sesebuah komputer. Peserta turut diberikan kuiz pendek untuk menguji tahap pemahaman mereka di akhir kursus ini.

Melalu kursus ini, peserta faham dan kenal akan komponen-komponen komputer termasuklah motherboard, processor, hard disk dan sebagainya. Peserta turut didedahkan kepada fungsi-fungsi setiap komponen supaya mereka lebih mengenali perisian sebuah komputer. Pelatih juga turut menerangkan bahawa komputer semakin canggih dan menipis pada masa kini jika dbandingkan dengan masa dahulu. Kesimpulannya, peserta faham dan mengenali komponen-komponen komputer dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk membuat pilihan yang baik sekiranya mereka ingin membeli komputer riba untuk kegunaan peribadi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali