Staying Safe Online Campaign 2019
9 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 08 Ogos 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama dengan Pusat Internet Kampung Lambir telah memberi ceramah berkaitan dengan ‘Staying Safe Online Campaign 2019’ bertempat di Kompleks Islam Sarawak, Miri dari jam 8:00 pagi sehingga 1:00 petang. Ceramah ini telah disertai oleh 75 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 65 tahun.
Antara ceramah yang diberikan ialah mengenai tips keselamatan penggunaan internet dan advokasi Check Your Label. Peserta dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di atas talian. Mereka digalakkan untuk menggunakan laman web yang mempunyai tanda kekunci dan address https. Selain itu, peserta turut diingatkan supaya tidak auto-saved emel dan kata laluan mereka di mana-mana komputer yang boleh di akses oleh semua orang. Peserta juga digalakkan untuk memadam browsing history setelah menggunakan komputer.
Untuk advokasi Check Your Label, peserta dinasihatkan untuk membeli peralatan elektronik yang mempunyai label MCMC yang sah supaya peralatan tersebut selamat digunakan. Peserta dapat menyemak label MCMC menggunakan aplikasi Check Your Label yang boleh didapati di play store dan app store.
Antara kebaikan yang peserta perolehi dari ceramah ini ialah peserta tahu betapa pentingnya menjaga privasi dan keselamatan diri ketika berada di atas talian. Mereka harus peka dengan keadaan sekeliling supaya dapat menjadi pengguna internet yang bijak. Selain itu, peserta dapat berwaspada dan menyemak peralatan elektronik ialah original sebelum membuat pembelian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: