Kursus Pemasaran Online
8 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 07 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus pemasaran online bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini diadakan dengan kolaborasi bersama pihak Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED). Kursus ini telah disertai oleh 14 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 60 tahun.
Tujuan kursus ini dilakukan adalah untuk mengajar peserta cara untuk melakukan pemasaran di atas talian ataupun online marketing. Peserta dapat melakukan pemasaran online bila-bila masa jika mereka mempunyai komputer atau tablet atau pun telefon bimbit canggih yang mempunyai rangkaian internet. Melalui peralatan elektronik dan aplikasi yang semakin canggih pada masa kini, peserta dapat mempromosikan produk mereka di media sosial pada masa yang mereka inginkan.
Antara kebaikan yang diperoleh dari kursus ini ialah peserta dapat memudahkan diri untuk mempromosikan produk mereka tanpa perlu menggunakan tenaga orang lain dan wang yang berlebihan. Semuanya dapat dilakukan di hujung jari. Peserta hanya perlu berfikiran kreatif dan mempunyai akses ke internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: