Kursus Autocad dan Canva

6 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 06 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus autocad dan canva bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kelas ini diadakan dengan kolaborasi bersama pihak Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED). Kelas ini telah disertai oleh 14 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 60 tahun.

Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk mengajar peserta cara untuk design atau mereka cipta iklan mahupun poster untuk menarik minat pembeli untuk membeli produk mereka. Peserta diajar menggunakan autocad dan juga canva. Mereka diberi masa untuk menghasilkan poster sendiri dalam masa yang ditetapkan mengikut kreativiti masing – masing. Setiap peserta diajar secara terperinci supaya mereka dapat mempraktikkan cara mereka cipta iklan atau poster selepas selesai kursus ini.

Antara kebaikan yang diperoleh dari kursus ini ialah peserta dapat menjadi kreatif dalam menghasilkan iklan atau poster mengikut cita rasa mereka sendiri bersesuaian dengan produk yang mereka jual. Peserta juga belajar cara bersaing secara sihat kerana semua peserta mendapat markah dalam penghasilan iklan atau poster yang paling menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali