Malaysia Day Scavenger’s Hunt
15 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 14 September 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu kuiz berkaitan Hari Malaysia iaitu “Malaysia Day Scavenger’s Hunt” kepada komuniti setempat. Kuiz ini telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Kampung Lambit dan telah disertai seramai enam orang peserta yang berumur dalam lingkungan 8 sehingga 17 tahun.
Tujuan kuiz ini dilakukan adalah untuk mendidik peserta supaya lebih mengenali negara Malaysia. Di samping itu, melalui penglibatan kuiz ini dapat melatih komunikasi dengan baik antara pasukan dan memupuk semangat bekerjasama. Selain itu, peserta menjadi peka dengan keselamatan semasa melayari internet dan tahu menggunakan fungsi ‘group whatsapp’ serta mempelajari sejarah Malaysia.
Antara kebaikan yang peserta perolehi dari kuiz ini ialah peserta dapat mempelajari nilai – nilai murni yang diterapkan dalam setiap checkpoint. Peserta juga dapat menambah pengetahuan mengenai Malaysia dan dapat belajar dari sejarah Malaysia untuk menjadi rakyat yang dapat berbakti kepada negara dan bangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: