Tayangan Video Klik Dengan Bijak - Oversharing

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 03 November 2018, satu tayangan video advokasi Klik Dengan Bijak iaitu Oversharing telah ditayangkan kepada kanak-kanak yang mengikuti aktiviti ini. Aktiviti ini telah disertai seramai 13 orang kanak-kanak dalam lingkungan 8-15 tahun yang diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya.

Tayangan video Klik Dengan Bijak khususnya Oversharing bertujuan untuk menyampaikan mesej penting kepada kanak-kanak bahawa Oversharing atau kongsi berlebihan maklumat boleh mebawa padah dan membahayakan diri sendiri. Melalui tayangan video ini, kanak-kanak dapat melihat dengan jelas kesan buruk kerana berkongsi maklumat yang berlebihan di atas talian.

Kanak-kanak harus sentiasa diingatkan untuk berhati-hati sekiranya mereka ingin berkongsi maklumat di atas talian. Sesetengah perkara tidak harus dikongsi untuk tujuan keselamatan diri dan privacy. Pihak yang tidak bertanggungjawab akan sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak baik sekiranya mereka tahu semua maklumat tentang diri kita. Justeru, kanak-kanak dinasihati supaya berkongsi apa yang perlu sahaja untuk kebaikan diri dan yang lain.

Kesimpulannya, tayangan video Oversharing ini dapat membantu meningkatkan kesedaran yang tinggi tentang bahaya sikap yang suka berkongsi berlebihan di laman sosial. Semua orang harus mengambil langkah-langkah berwaspada sebelum sesuatu hal yang buruk berlaku.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali