Kursus Asas Komputer & Microsoft Office

06 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 05 Oktober 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas komputer dan Microsoft Office bertempat di Training Room, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya sendiri. Kursus ini telah disertai oleh ahli-ahli pusat internet yang berumur di dalam lingkungan 18 – 35 tahun. Kursus ini diadakan untuk memberikan pendedahan asas kepada peserta tentang cara-cara untuk mengendalikan Microsoft Office serta memberi ilmu pengetahuan kepada peserta tentang fungsi Microsoft Office seperti Word dan Excel dalam penghasilan dokumen kerja yang lebih efisien dan sistematik dengan menggunakan daya dan format yang konsisten.

Di samping itu, peserta juga diberi pendedahan kepada advokasi Check Your Label dimana petugas dikehendaki untuk memperkenalkan satu aplikasi Check Your Label kepada peserta kursus. Petugas juga menerangkan kepentingan pentingnya membeli alat peranti elektronik yang mempunyai label MCMC untuk menunjukkan alat peranti elektronik tersebut dihasilkan mengikut standard yang telah ditetapkan. Selain itu, kursus ini juga diselitkan dengan kuiz ringkas agar semua peserta yang terlibat memahami tujuan mereka menyertai kursus ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali