Kursus Asas Komputer & Microsoft Office (Word) Batch II

15 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 14 Oktober 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas komputer dan Microsoft Office bertempat di bilik latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya sendiri. Kursus ini telah disertai oleh ahli-ahli pusat internet. Kursus ini diadakan untuk memberikan pendedahan asas kepada peserta tentang cara-cara untuk mengendalikan Microsoft Office serta memberi ilmu pengetahuan kepada peserta tentang fungsi Microsoft Office seperti Word dalam penghasilan dokumen kerja yang lebih efisien dan sistematik dengan menggunakan daya dan format yang konsisten.

Di samping itu, peserta juga diberi pendedahan kepada advokasi Stop Piracy dimana ia bertujuan untuk menghentikan perbuatan cetak rompak dan menjaga data peribadi agar tidak terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, Pengurus Pusat Internet juga memberi keterangan mengenai Scammer alert! Supaya masyarakat tidak mudah terpedaya dengan terus memberi maklumat peribadi tanpa berfikir panjang. Portal sebernarnya.my juga diperkenalkan kepada para peserta agar mereka menyemak kembali samada informasi yang tular di media sosial itu benar atau palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali