Kursus Asas Komputer & Microsoft Word

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15-16 Disember 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu latihan kursus asas komputer dan Microsoft Word bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Kursus ini telah disertai seramai sembilan orang penduduk setempat berumur dalam lingkungan 13 hingga 45 tahun.

Kursus ini dimulai dengan pembelajaran terhadap asas-asas komputer. Peserta diterangkan mengenai komponen-komponen asas yang ada pada komputer. Peserta dikenalkan terhadap monitor, papan kekunci dan juga tetikus. Kemudian, peserta diterangkan tentang komponen-komponen computer yang lebih kompleks seperti RAM, processor, motherboard, DVD/CD Writer, USB Port dan sebagainya. Peserta juga turut diterangkan mengenai fungsi-fungsi setiap komponen komputer agar mereka lebih memahami kegunaan setiap komponen tersebut.

Seterusnya, peserta belajar tentang Microsoft Word untuk memudahkan mereka melakukan sesuatu kerja yang memerlukan hasil yang lebih kemas, teratur dan sistematik. Peserta belajar tentang cara untuk menghasilkan dokumen, menyimpan dokumen, menaip, mencetak dokumen dan sebagainya. Peserta turut di ajar cara untuk menukar saiz tulisan, memilih tulisan yang sesuai untuk penghasilan dokumen rasmi, penggunaan perenggan, bullet dan sebagainya.

Secara umumnya, kursus asas komputer dan Microsoft Word ini dapat membantu peserta untuk belajar dan lebih tahu akan komponen-komponen yang ada dalam komputer disamping menghasilkan dokumen yang baik dan kemas untuk kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali