Kelas Asas Microsoft Powerpoint, Latihan Dan Tips Pembentangan
26 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2018 yang lalu, PI RPR Permyjaya mengadakan kelas asas Microsoft PowerPoint. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Para peserta didedahkan dengan cara menghasilkan slide yang menarik di samping belajar menggunakan fungsi-fungsi aplikasi yang terdapat dalam Microsoft PowerPoint itu sendiri.
Setelah menyiapkan slide, para peserta hendaklah memberi pembentangan mengenai hasil kerja mereka. Ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan para peserta untuk tampil lebih berani dan berkeyakinan untuk bercakap di khalayak ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: