Kursus Asas Komputer & Microsoft Office (Excel & Powerpoint)

07 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 06 Oktober 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas komputer dan Microsoft Office khususnya Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya sendiri. Kursus ini telah disertai oleh ahli-ahli Pusat Internet yang berumur di dalam lingkungan 18 – 35 tahun.

Kursus asas komputer ini diadakan dan diberikan secara percuma kepada peserta yang telah mendaftar menjadi ahli-ahli Pusat Internet. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada semua peserta tentang kemahiran asas menggunakan komputer dan juga Microsoft Office khususnya Excel dan Powerpoint dalam penghasilan kerja yang lebih kemas, sistematik dan efisien. Sehubungan itu, petugas juga turut berkongsi ilmu tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini kepada semua lapisan masyarakat terutama sekali dalam bidang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan.

Petugas juga berkesempatan untuk memperkenalkan aplikasi Check Your Label kepada peserta dan menerangkan kepentingan label MCMC dalam setiap alat peranti elektronik. Sepanjang kursus dilangsungkan, satu kuiz ringkas turut diselitkan sebagai aktiviti sampingan bagi menunjukkan peserta memahami apa yang disampaikan petugas. Di akhir kursus ini, peserta telah di anugerahkan sijil sebagai tanda penyertaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali